JANUARI 2023

Datuk Amar Douglas Tinjau Bulatan Lingkaran Luar Kuching-Samarahan


KOTA SAMARAHAN: Masalah kesesakan trafik di laluan Kuching-Samarahan yang dihadapi pengguna jalan raya berikutan kerja-kerja naik taraf bulatan di laluan berkenaan turut mendapat perhatian Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sehubungan itu, beliau telah melakukan tinjauan ke bulatan lingkaran luar Kuching-Samarahan bagi melihat sendiri keadaan di situ pada Khamis.

Turut mengiringi beliau adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) Datuk Peter Minos dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa. – Edisi UKAS

Sumber dari : UKAS